FeysalKathiri

FeysalKathiri

Thursday, December 19, 2013

In Frame-Foto Lama Pejabat Pos Batu Pahat

In Frame-Tahukah anda Pejabat Pos yang pertama di Batu Pahat terletak di Pejabat Hasil Tanah Batu Pahat yang lama dan di rasmikan pada 1 Februari 1897.Post Master atau Ketua Pejabat Pos yang pertama ialah Encik Abdullah Ali

                                                        Pejabat Pos Batu Pahat

Saturday, December 7, 2013

In Frame-Apple iPad Air

In Frame-Frame Bingkai Batu Pahat ingin mengongsikan gajet Apple yang terbaru iaitu Apple iPad Air,memang lari tajuk ,sepatutnya buatlah entry tentang frame tapi tak salah rasanya kalau sesekali lari tajuk,asyik frame aje,mentang-mentang la..ok macam best aje macam cool aje..

Secara rasmi, tablet paling menarik, iPad Air yang dikeluarkan Apple kini boleh didapati di Malaysia. Syarikat Cupertino itu sebelum ini menghasilkan dua varian iPad, satu Mini (lengkap Retina) dan satu lagi Air.

iPad Air menggantikan sepenuhnya generasi iPad sebelum ini (generasi keempat) dengan ciri paling penting diperkenalkan termasuk cip pemproses terpantas A7 manakala rekaannya mengambil pendekatan iPad Mini yang ringan. 

iPad Air hanya mempunyai berat 456 gram. Anda boleh lihat spesifikasi tablet keluaran Apple dan perbandingannya dengan versi sebelumnya bersama harga untuk pasaran Malaysia.

iPad AiriPad 4
Kapasiti & Harga untuk WiFi16GB (RM1,699), 32GB (RM1,929), 64GB (RM2,249), 128GB (RM2,579)16GB (RM1,449), 32GB (RM1,699), 64GB (RM2,029), 128GB (RM2,349)    
Wi-Fi & 3G (dalam USD)16GB (RM2,029), 32GB (RM2,349), 64GB (RM2,679), 128GB (RM2,999)16GB (RM1,799), 32GB (RM2,129), 64GB (RM2,449), 128GB (RM2,779)
Warna & BahanPerak, Perak terang; aluminumHitam, Putih; aluminum
Dimensi9.4 x 6.6 x 0.29 inci9.5 x 7.3 x 0.37 inci
Berat454g (Wi-Fi);476g (3G)653g (Wi-Fi);662g (3G)
Paparan9.7 inci IPS;
2,048 x 1,536 piksel (264ppi)
9.7 inci IPS;
2,048 x 1,536 piksel (264ppi)
PemprosesA7 (64-bit);
pemproses bersama M7 motion
Dual-core A6X
GPUTidak diperolehQuad-core PowerVR SGX554MP4
Kamera5-megapiksel;
1080p HD video
5-megapiksel;
1080p HD video    
Kamera Depan1.2-megapiksel;
720p HD
1.2-megapiksel;
720p HD
RAMTidak diperoleh1GB
Jangka Hayat BateriSehingga 10 jam (Wi-Fi), 9 jam (3G)Sehingga 10 jam (Wi-Fi), 9 jam (3G)
SIMMikro-SIMMikro-SIM
Jenis SambunganLightningLightning

Antara kedai yang memasarkan iPad Air baru ini termasuk Machines dan Mac City manakala Maxis sudah menawarkannnya secara pakej dengan pelan komunikasi mereka.

Pelan komunikasi Maxis termasuk pelan SurfMore50 dan SurfMore75 di mana pelanggan perlu membayar sebanyak RM50 dan RM75 sebulan untuk kapasiti data 2GB serta 5GB.

Jika ianya dilakukan secara kontrak selama 24 bulan, Maxis menawarkan harga iPad Air berkapasiti 16GB, 32GB dan 64GB dengan harga RM1,549, RM1,799 serta RM2,099 (SurfMore50).

Manakala untuk SurfMore75, iPad Air dijual pada harga RM1,449, RM1,699 dan RM1,999.

Celcom dan DiGi dijangka mengeluarkan pelan masing-masing minggu depan.


Sumber:TechnoStorm

Puteri Berjiwa Rakyat

Memang tabik kat adinda Sultan Ibrahim ini,sangggup turun padang,memasak untuk mangsa-mangsa banjir,ni yang dikatakan berjiwa  rakyat.Kalau di Johor kekandanya mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir,di Pahang Tunku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar tidak ketinggalan,malah baginda turut memasak untuk mangsa-mangsa banjir di sana.Sanggup mengenepikan darjat dan statusnya.


Rakyat Johor berbangga dengan puteri raja yang berasal dari Johor ini.



Friday, December 6, 2013

Masha Allah,Tentera-tentera ini menjadikan diri mereka jambatan

Sekadar perkongsian:
Hebatkan tentera ini menjadikan diri mereka sebagai jambatan untuk orang ramai menyeberangi sungai sewaktu banjir tapi bukan di Malaysia.Rasanya tentera Malaysia pun boleh buat macam ini sebab tenera Malaysia pun tidak kurang hebatnya.



Sumber Foto  www.facebook.com/roseli.ibrahim

Burung Gagak

Kebanyakan orang tidak suka kepada burung gagak,mungkin disebabkan warna hitamnya dan sifatnya yang suka memakan benda kotor tapi tahukah kita bahawa burung gagak sebenarnya adalah species istimewa dan cerdik.
Berikut adalah rencana mengenai burung gagak yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.


Subhanaallah, Keajaiban Burung Gagak Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk - Nya yang lain ? Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya. Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka. Mengapa demikian? Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini. Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat. Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak. Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya : 1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa. 2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati. Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya. Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati. Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu. Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati. Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia. Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan? *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

In Frame-Rak Buku Yang Awesome

Selain frame untuk mencantikan dinding rumah,rak buku juga boleh menjadikan dinding anda awesome,ini sebahagian idea reka bentuk rak buku yang mempunyai kelainan dan menjadikan ruang tamu anda atau ruang bacaan nampak unik dan cantik.Ianya pasti serta-merta menarik perhatian dan menjadi topik perbualan.Kita semua sukakan kelainan dan tercari-cari idea untuk hiasan yang unik untuk rumah.Apa yang perlu ialah sedikit kreativiti,imiginasi dan tukang kayu yang mahir atau boleh dibuat sendiri menggunakan kayu-kayu terbuang .Gambar di bawah ialah rak buku berbentuk pokok yang unik dan amat menarik.Boleh disesuaikan mengikut keluasan dinding rumah.Untuk idea-idea mencantikan rumah anda boleh join website di bawah.

Thursday, December 5, 2013

Dipukul hingga mati di dalam masjid


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.
 
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
 
“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.
 
Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ps/: mempertahankan harta masjid memang tanggungjawab semua masyarakat islam,tapi tak perlu sampai membunuh.

Sumber:Wujud(paranormal team)

Wednesday, December 4, 2013

In Frame-Dinding Kayu Pallet

Selain Frame untuk perhiasan di dinding,kayu pallet yang sering dibuang boleh digunakan untuk mencantikan dinding rumah,kayu pallet banyak kegunaan, selain boleh dijadikan perabut,kayu pallet yang dicantum dan disusun di dinding menjadikan dinding rumah yang unik.Memang lain dari yang lain.Lagipun kebanyakan kayu pallet boleh didapati secara percuma,cuba tengok gambar di bawah.

Tuesday, December 3, 2013

Frame dan Bingkai Lama Jangan Dibuang-Recycle

Anda ada frame bingkai lama yang masih cantik?sayang hendak dibuang?tapi tak tahu hendak dibuat apa?Dalam zaman serba mahal sekarang,langkah berjimat cermat adalah tindakan yang bijak.Ini ada satu idea yang bagus untuk anda,anda boleh jadikan ia sebagai papan nota,caranya letakan sekeping kertas putih atau bercorak di sebelah dalam frame dan tutup kembali papan belakangnya,papan kenyataan anda telah siap,mudah bukan?anda boleh menulis di atas cermin frame itu dengan menggunakan whiteboard marker supaya mudah untuk memadam.Anda boleh menulis apa sahaja contohnya tugasan-tugasan penting,kata-kata perangsang atau tarikh-tarikh penting seperti jemputan kahwin,atau tarikh lahir orang tersayang dan bermacam-macam lagi.Jadi jangan buang frame bingkai lama anda,Recycle seperti contoh dalam gambar ini.Untuk lebih banyak idea anda boleh join website di bawah .
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Kedai Frame dan Bingkai Batu Pahat Imagine its Framed

In Frame-Kerana Mulut Badan Binasa

Kedai Bingkai Frame Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mendoakan mereka -mereka yang terbabit dalam kejadian banjir di beberapa buah negeri bersabar dengan dugaan dan ujian yang datang,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,semoga Allah mengantikan dengan yang lebih baik.

Hari ini In Frame ingin membicarakan tentang tajuk di atas Kerana Mulut Badan Binasa,kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali bercakap besar atau takabur apabila berbicara,kita dituntut mengucapkan Insha Allah apabila berjanji, berbicara atau berazam hendak melakukan sesuatu perkara yang akan kita lakukan pada masa hadapan kerana kita tidak tahu samada kita masih hidup atau adakah kita mampu melakukannya apabila sampai masanya nanti,hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang perkara-perkara yang akan datang.Bercakap besar,angkuh atau takabur amat dilarang kerana hanya Allah sahaja yang layak untuk berbuat demikian kerana Dia Maha Pencipta dan Maha Agung.Di bawah adalah sebahagian kisah untuk pedoman dan teladan buat kita bersama.

Kita pasti tahu atau pernah mendengar tentang kapal Titanic,apabila kapal yang terbesar pada waktu itu dibina dan pembuat kapal itu telah ditanya tentang sejauh mana selamatnya kapal itu dengan nada angkuh dia menjawab"TUHAN PUN TIDAK AKAN DAPAT MENENGGELAMKANYA",sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takkabur,Titanic tenggelam dalam pelayaran sulungnya ke New York setelah terlanggar bongkah ais yang besar.Beribu orang hilang nyawa dalam kejadian itu.

Seorang calon untuk jawatan presiden Brazil Tancredo Neves berkata dalam satu kempen pilihanraya bahwa dia mempunyai 500,000 undi dan pasti dirinya akan menang jawatan presiden,tiada sesiapa yang akan dapat menghalangnya dari menjawat jawatan itu walau TUHAN SEKALIPUN TIDAK AKAN MAMPU untuk menghalangnya,dia berjaya mendapat undi yang dimaksudkan tetapi sehari sebelum ditabalkan menjadi presiden dia telah jatuh sakit dan meninggal dunia.

Seorang penyanyi dan penyair terkenal Brazil bernama Cazuza pada satu persembahan telah menyalakan sebatang rokok dan menghembuskan kepulan asap rokok tersebut keatas sambil berkata TUHAN, INI UNTUK ENGKAU,pada usia 32 tahun dia menderita kanser paru-paru dan meninggal dalam keadaan yang amat menakutkan.

Tidak kira betapa handal atau kayanya kita,bersikap takabur dan angkuh akan membinasakan diri,banyak amaran di dalam Al quran dan hadith Rasullullah S.A.W yang melarang sikap sedemikian,banyak kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan seperti kisah Firaun,Qarun dan ramai lagi.

Muhammad Ali peninju terkenal dunia semasa zaman kegemilangannya sering mendabik dada dengan mengatakan dia yang terbaik di dunia tetapi di penghujung usianya di serang penyakit Parkinson menyebabkan pergerakannya perlahan dan tidak dapat bertutur dengan jelas.syukur Ali ialah seorang muslim,mungkin Allah memberi kafarah dengan penyakit tersebut.

Akhir sekali saya berdoa semoga saya dan saudara  dijauhkan dari kemurkaan Allah dan dipelihara dari sikap buruk ini di dunia serta diampunkan jika terlanjur dalam berbicara Ameen

Sunday, December 1, 2013

Saturday, November 30, 2013

In Frame-Daulat Tuanku

In Frame-Hari ini saya ingin mengongsikan foto-foto Baginda Sultan Johor yang dikasihi Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia,saya rasa ramai yang ingin melihat foto-foto Baginda berdua semasa muda.


 
                                               Baginda Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak    



            
                                             Y.A.M Raja Zarith Sofia ketika zaman kanak-kanak


                                                          Sultan Ibrahim


                                   Sultan Ibrahim ketika menjalani latihan ketenteraan

             

         
                 Foto-foto Baginda berdua sempena majlis perkahwinan 19-20 sept 1983.

                                       

In Frame-Tempat Kelahiran Rasulullah

In Frame-Inilah tempat kelahiran Rasulullah S.A.W di Mekah,sekarang didirikan perpustakaan di atasnya.








Friday, November 29, 2013

In-Frame-Istiqamah

In-Frame-Istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan,antara yang dituntut dalam Islam untuk kita beristiqamah ialah dalam perkara kebaikan terutamanya dalam ibadat.Melihatkan mereka dalam gambar ini melakukan ibadat walaupun dalam keadaan tangan bergari amat menyentuh hati.





Semoga Allah kurniakan Istiqamah kepada kita,Allahummarzuqna Istiqamah..Ameen

Thursday, November 28, 2013

Collage Frame

Apa itu collage frame?jika anda hendak membuat frame untuk sejumlah gambar atau foto pasti ianya akan melibatkan kos yang banyak,penyelesaiannya anda boleh menghimpunkan foto-foto tersebut di dalam satu frame untuk menjimatkan kos.Selain menjimatkan kos anda juga dapat menjimatkan ruang kerana anda tidak perlu untuk memaku  segenap ruang di dinding rumah hanya kerana bertujuan untuk mengantung banyak frame yang bersaiz kecil.

Anda boleh menyusun foto-foto anda di atas sekeping mounting board atau manila kad mengikut susunan yang anda suka tapi jangan lupa melekatkanya  atau anda boleh meminta framemaker anda melakukannya mengunakan mat-board di mana lubang atau tetingkap ditebuk pada mat-board itu,jumlahnya bergantung kepada jumlah foto yang anda ingin framekan..Mat-board adalah berbeza dari mounting board yang anda boleh dapati di kedai-kedai stationary yang lebih murah harganya.Mat-board lebih mahal sedikit kerana kebanyakannya diimpot dan lapisan dalamnya(teras) berwarna putih berbanding mounting board yang berwarna kelabu dan kurang sesuai untuk ditebuk tetingkap padanya.Kedua-duanya terdapat dalam berbagai warna,pilih mengikut kesesuaian.

Collage frame juga boleh didapati dalam bentuk ready-made di pasaran.
Berikut adalah contoh collage frame












Foto:www.yourpictureframe.com

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Siti Aishah

Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London. Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Papan tanda selamat datang ke Lambeth, London lokasi kediaman di mana Siti Aishah ditahan.
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".


Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. ~tmi

Monday, November 25, 2013

Hidayah Milik Allah

Apabila Allah menghendaki tiada siapa yang boleh mengelak atau lari dari kehendakNya,kita semua tahu bagaimana Saiyidina Omar memeluk Islam,dari seorang yang amat membenci Islam menjadi seorang pembela Islam malah menjadi Khalifah dan antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Begitulah juga yang terjadi kepada seorang lelaki dari Holland ini yang amat membenci Islam malah dia merupakan orang kanan Geert Wilder pengasas parti sayap kanan Freedom Party yang amat lantang dan amat membenci Islam dan penganutnya.Wilder juga menjadi terkenal kerana menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Fitna' yang menghina dan mempersendakan Al-quraan.

Tetapi Wilder telah menerima tamparan hebat apabila orang kanan dan ahli partinya sendiri telah memeluk Islam setelah mengkaji dan menyelidiki ajaran Islam.Arnold Van Doorn telah memeluk agama Islam pada 14 Mac 2013.Menurut Arnold dia telah mendengar banyak perkara negatif mengenai agama Islam dan memutuskan untuk mengkaji tentang agama suci itu untuk mencari kebenaran.Dia telah dibawa ke sebuah masjid di The Hague oleh rakan setugasnya di Majlis Bandaraya The Hague dimana dia telah disambut dengan baik oleh jemaah masjid itu walaupun mereka tahu dia adalah anggota Parti Freedom.Di masjid itu dia telah diberi penerangan dan penjelasan tentang ajaran Islam yang sebenar.

Arnold memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah mengetahui kebenaran ajaran Islam dan berkata dia amat menyesali pembabitannya dengan Parti Freedom.Walaupun ramai yang mengelar dirinya sebagai pengkhianat tetapi dia tidak kisah kerana tahu dia telah membuat keputusan yang tepat dan mengharap Allah akan membimbingnya menghadapi semua cabaran.Dia juga bersyukur dengan sokongan yang diterimanya setelah memeluk Islam.Dia juga telah menulis surat meminta kebenaran dari datuk bandar The Hague untuk menunaikan solat pada waktu pejabat.Semoga Allah memberkati kita semua.Allahu Akbar






Sunday, November 24, 2013

Belajar Melukis Menggunakan Acrylic

Minat melukis?Belajar bagaimana hendak melukis menggunakan acrylic

Cara Mendapatkan Beribu Like Secara Percuma

Adakah anda mempunyai fan-page?anda ingin mendapatkan like yang banyak tapi anda tidak mampu atau tidak mahu membayar untuknya?Jika anda mempunyai perniagaan online dan anda mempunyai fan-page perniagaan  like yang banyak adalah penting kerana lebih banyak like lebih tinggi peluang anda untuk membuat jualan.Anda boleh menjual bermacam-macam produk dari fan-page anda atau anda boleh mempromosikan  produk orang lain dan mendapatkan komisen darinya.Pendek kata anda boleh menjual apa sahaja di fan-page anda.

Kadang-kadang kita seperti mengemis untuk meminta kawan-kawan kita untuk like page kita,cara lain ialah dengan membayar mereka-mereka yang menyediakan servis menaiikan like untuk fan-page kita,harganya pun boleh tahan.Seperti yang saya katakan di atas like yang banyak adalah penting,bayangkan fan-page anda mempunyai beribu-ribu like,setiap kali anda mempromosi barangan atau servis ianya akan dapat dilihat oleh mereka-mereka yang telah like page anda dan jika 5-10% yang membuat pilihan untuk membeli berapa banyak jualan yang anda dapat?

Saya hendak mengongsikan cara untuk dapatkan like yang banyak secara percuma dan anda boleh memilih untuk dapatkan like dari luar negara atau dari Malaysia sahaja.Caranya anda daftarkan fan-page anda di SINI dan ikut arahan yang diberikan Like Percuma cubalah!

Saturday, November 23, 2013

Tentera Upahan Russia Di Syria

Mujahideen di Syria bukan sahaja berhadapan dengan tentera Basyar tetapi mereka turut berdepan dengan tentera upahan Russia yang berjuang di sisi tentera Basyar Assad,dokumen yang dirampas dari mayat tentera upahan Russia yang dibunuh membuktikan perkara ini.







Allahu Akbar!Cuti Mingguan Pada Jumaat dan Sabtu


Sah!Spekulasi yang bertiup kencang di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini terbukti sahih apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan cuti mingguan di negeri Johor akan dikembalikan pada Jumaat dan Sabtu.Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi negeri Johor kerana sebelum tahun1994 negeri Johor sememangnya bercuti  pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad oleh Menteri Besar ketika itu.
Ianya memang dinantikan oleh majoriti rakyat Johor dan merupakan satu kemenangan kerana Jumaat merupakan penghulu segala hari dan memudahkan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat dengan tenang tanpa tergesa-gesa.Tahniah kepada Sultan dan rakyat Johor.
Teringat saya pada zaman persekolahan dahulu,Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana hari itu merupakan hari cuti dan kebanyakan majlis kenduri kahwin diadakan pada hari tersebut.Apabila tiba hari Jumaat maka keadaan di Jalan Ibrahim menghala ke Pasar Batu Pahat akan menjadi sibuk kerana orang akan berpusu-pusu membeli belah pada hari tersebut.Selepas sedekad mungkin agak kekok untuk memulakan minggu yang baru pada hari Ahad tapi lama kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.Sekali lagi tahniah rakyat Johor!Allahu Akbar!

Thursday, November 21, 2013

Iklan Volkswagen Yang Lucu



Raksaksa Dijumpai Di Vietnam



Raksaksa apakah ini?Bangkai raksaksa ini dijumpai di Vietnam namun tidak dapat dipastikan spesis apakah ini.Pastinya ia bukanlah ikan paus kerana dijumpai di daratan bukan di laut.

Frame-Ardi Rizal Sehari 40 Batang Rokok

Jika seorang dewasa menghisap 40 batang rokok sehari mungkin tiada yang pelik tetapi jika seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menghisap 40 batang sehari itu memang luarbiasa.Ardi Rizal kanak-kanak dari Sumatera ini pernah mengemparkan dunia dengan tabiat luarbiasanya menghisap 40 batang rokok sehari.

Namun Ardi yang kini berusia 5 tahun telah pulih dari ketagihan rokok tetapi dia kini mempunyai tabiat baru yang tidak kurang bahayanya iaitu ketagihan terhadap makanan ringan,yang paling disukainya susu pekat manis dan menurut ibunya Ardi perlu disediakan 3 tin susu pekat manis setiap hari.Yang paling membimbangkan berat badanya semakin meningkat.

Tidak dapat difikirkan bagaimana seorang ibu boleh membelikan anak sekecil ini 40 batang rokok setiap hari.Dia amat bernasib baik dapat dipulihkan dari tabiat ini.Sayang anak perlu berpada-pada..

Monday, November 18, 2013

Shadow Box


Frame di atas di panggil 'Shadowbox',apabila kita hendak membingkaikan sesuatu yang tebal dan tinggi maka teknik shadowbox akan digunakan,shadowbox ini berbentuk kotak dan agak tebal dari frame-frame yang biasa,ketebalan bergantung kepada barang yang hendak dibingkaikan,antara barang yang selalu digunakan dalam teknik ini ialah item-item seperti pinggan mangkuk,baju,kasut,senapang atau pistol replika,pisau atau pedang,gitar dsb,orang tak boleh lah kerana kalau nak framekan orang kita kena tempah di kedai membuat keranda.

Biasanya kos untuk membuat shadowbox agak mahal berbanding frame biasa,ini kerana kerjanya lebih rumit dan banyak bahan yang perlu digunakan.Sesuai untuk item-item yang mempunyai nilai sentimental atau memoribilia.


                                          Antara contoh shadowbox.

Saturday, November 16, 2013

PDF Percuma Discover the Meaning of Colour through Interior Design

Dapatkan e-book percuma dalam bahasa inggeris berkenaan  warna-warna yang  sesuai untuk hiasan dalaman,
di sini .Berguna untuk memilih warna-warna cat untuk kediaman anda.Warna apa yang harus dipilih untuk memberikan ketenangan,menyejukan pandangan,membangkitkan suasana ceria dan sebagainya.

Gabungkannya dengan frame dan bingkai untuk mengindahkan suasana kediaman anda,dapatkan frame atau bingkai yang sesuai untuk setiap dinding yang terdapat di ruang tamu,ruang makan atau bilik tidur.Dinding yang luas perlukan frame yang lebih besar dari segi saiznya contohnya dinding di ruang tamu selain dari khat,gambar foto keluarga atau lukisan,sebuah frame cermin muka yang bersaiz agak besar yang diletakan di situ akan menampakan ruang tamu anda lebih luas dan memantulkan cahaya.Sebagai orang Islam frame kaligraphi atau khat ayat suci Al-quran adalah satu keutamaan,selain mengindahkan ruang kita juga akan mendapat pahala dengan memandangnya apatahlagi bila kita membacanya.

Untuk ruang makan anda boleh meletakan khat doa-doa seperti doa sebelum makan dan selepas makan, gambar atau lukisan buah-buahan, sayur-sayuran atau rempah ratus di ruang ini,poster-poster minuman atau cocktail bersaiz 18x24 atau 24x30 adalah sesuai.Namun pastikan yang sesuai dengan tema warna dinding anda.

Untuk ruang di bilik tidur utama selain warna-warna yang romantik,khat ayat suci alquran,gambar atau lukisan pemandangan yang menyejukan mata seperti pemandangan di tepi laut,air terjun boleh mendatangkan ketenangan kerana setelah penat bekerja seharian anda pasti mahukan sesuatu yang melapangkan fikiran..

FRAME-Tarian Robotic Yang Menakjubkan


Monday, November 11, 2013

Frame Recycle(Murah & Cantik)D.I.Y


Ini adalah sebahagian idea bagaimana anda boleh membuat perhiasan rumah dengan mengunakan bahan terbuang,apa yang penting kreativiti,perhiasan dalam gambar di atas dibuat mengunakan kadbod atau penutup kotak kasut yang disalut dengan fabrik pelbagai corak,Boleh diajar kepada anak sebagai mengisi masa lapang waktu cuti sekolah yang mendatang atau sebagai hobi dan hadiahkan pada kawan2.Cubalah.Murah dan Cantik!

Sunday, November 10, 2013

4 Perkara Jika Dipandang Mendapat Pahala

Dari Aisyah r.a bahawa Rasullalah s.a.w bersabda melihat kepada 3 perkara adalah ibadah,melihat wajah ibubapa,melihat al Quran,melihat lautan (riwayat Abu Nuaim).
Dan ditambah dengan melihat Kaabah(riwayat Abu Daud).

Allahu Akbar Maha Suci Allah dengan hanya melihat pada 4 perkara yang disebutkan di atas dikira ibadah dan mendapat pahala!

Saturday, November 9, 2013

Tasik Merdeka Batu Pahat

Tahukah anda bahawa Tasik Merdeka pada asalnya adalah sebuah bukit yang dipanggil Bukit Memberus,batu-batu dari bukit ini digunakan untuk kerja menambak jalan-jalan baru di sekitar Batu Pahat.Di antara tahun1935/1936 sebuah syarikat dari Jepun telah membuat kerja-kerja perlombongan di bukit ini untuk mengeluarkan bijih 'boxide' dan nama bukit ini telah ditukar kepada Bukit Makmor.

Kesan aktiviti perlombongan di situ telah mewujudkan sebuah kawasan bertasik.Pegawai Daerah Batu Pahat Dato' Eusof Bin Abd. Rahman yang berkhidmat pada tahun !967-1968 telah mengesyorkan kawasan tasik ini dimajukan dan dijadikan kawasan reakresi,apabila siap kawasan ini telah dinamakan Tasik Merdeka sempena ulangtahun kemerdekaan negara.

Sekarang lebih terkenal dengan nama Wet World,sebelum akhir tahun 90an keadaan air yang jernih membolehkan kita melihat kesan2 aktiviti perlombongan oleh syarikat Jepun seperti bekas trek gerabak yang digunakan untuk membawa bijih-bijih boxide di dasar tasik,ianya juga dikatakan 'keras' kerana sering berlaku kematian setiap tahun melibatkan mereka yang lemas berenang di kawasan tengah tasik,dan ianya juga adalah lokasi yang sering berlaku kes bunuh diri.Dikatakan juga terdapat seekor ikan Toman yang besar di tasik ini,wallahuaalam.

Saya sendiri semasa zaman persekolahan sering menjadikan tasik ini sebagai tempat berenang bersama kawan-kawan,walupun sering dimomokan dengan cerita yang menakutkan tapi itu tidak menghalang kami dari datang kesini setiap hujung minggu untuk berenang dan memancing,terdapat beberapa  buah pulau di tasik ini antara yang saya ingat ialah Pulau Wanita(kenapa dinamakan begini saya tidak pasti)yang terletak di tengah tasik dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu,di sinilah  kawasan kegemaran kami untuk bermandi-manda kerana airnya yang jernih dan dalam,biasanya kami akan memanjat pokok-pokok di situ dan terjun kedalam tasik dengan gaya masing-masing,ada yang melakukan aksi 'terjun botol','terjun kelapa',ada yang berlagak seperti tarzan,memang meriah waktu itu dengan gelak ketawa kawan-kawan,tapi jangan kantoi dengan mak bapak!memang kena balun lah jawabnya!bukan kerana apa mereka bimbang sebab banyak kes mati lemas setiap tahun di situ.

Kawasan tasik ini juga terkenal sebaga tempat berdating selain bus stand Batu Pahat dan Dataran Penggaram(dulu di panggil Fountain),maklumlah zaman itu mana ada BpMall atau Summit,tanyalah pakcik atau makcik anda yang berumur lebih 40an pasti mereka tahu kisah Tasik Merdeka

Psst!kalau ada kisah2 menarik tentang tempat2 di Batu Pahat boleh lah kongsi bersama.

Tuesday, November 5, 2013

Jalan Rahmat Batu Pahat

Penduduk Batu Pahat pasti tahu dan mesti pernah melalui di Jalan Rahmat,tahukah anda siapa Rahmat?Jalan Rahmat dinamakan sempena  nama Penghulu Rahmat Bin Ragam Penghulu Mukim Simpang Kanan Batu Pahat,

Penghulu Rahmat dilahirkan pada tahun1828 dan meninggalkan dunia pada 1919 dan telah dikebumikan di Bukit Basariah(Bukit Cermai)Batu Pahat.Beliau adalah antara tokoh terkemuka dalam sejarah Batu Pahat.

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selamat meyambut Maal Hijrah kepada muslimin-muslimat,semoga tahun baru membawa rahmat kepada kita semua.

Monday, November 4, 2013

Suami Yang Bertanggungjawab Dan Penyayang

Pada suatu masa di sebuah negeri arab yang agak mundur ada seorang suami yang risau memikirkan masa depan keluarganya,fulus tak masyuk lah..jadi dia memutuskan untuk mencuba nasib ke Dubai untuk mengubah keadaan hidup keluarganya.Setelah berbincang dan isterinya bersetuju maka dia pun berhijrah ke Dubai tapi seorang diri,isteri dan anaknya ditinggalkan di kampung.

Sampai di Dubai nasibnya agak baik,melalui seorang kenalannya dia mendapat pekerjaan sebagai pembantu di sebuah syarikat,gaji pun agak lumayan.Setiap bulan si suami yang bertanggungjawab ini akan mengirm wang kepada isterinya di kampung dan sering menghubunginya..Dia juga seorang yang berhemah,menabung demi masa depan keluarga dan dirinya.Berkat kerajinan dan sikap tanggungjawabnya, kehidupan keluarganya di kampung menjadi bertambah baik.

Pada satu hari cuti,dia bersiar-siar di bandar Dubai dan dia telah terpandang lampu 'chandelier'(lampu kristal) yang besar di sebuah kedai menjual lampu perhiasan.Masha Allah cantiknya lampu ini,ana mesti mendapatkannya untuk rumah ana di kampung,ana lah orang pertama di kampung ana yang mempunyai lampu sebegini bisiknya dalam hati.Dia pun terus masuk dan membeli 2 buah lampu itu,satu di ruang tamu satu lagi di ruang makan katanya sambil tersenyum.Dia  langsung ke syarikat penghantaran Sky Net  untuk mengirim lampu-lampu itu ke kampungnya.Setelah itu dia menghubungi isterinya dan memberitahu yang dia ada surprise untuknya,tunggu dalam masa seminggu habibi pasti suka..hehehe i love u bebeh tambahnya lagi pada isterinya.

Selepas seminggu dia  menghubungi isterinya setelah bertanya khabar dia berkata,'ya habibi hadiah yang ana kirim ente sudah dapat?ente suka?'sudah2 ya habib masha Allah banyak cantik lah,ana banyak suka lah tapi kenapa besar sangat?ana mahu gantung di telinga banyak beratlah.

Moral of the Story-Jgn suka buat surprise tak tentu pasal.

Thursday, October 31, 2013

Frame Maker- Asal Nama2 Bukit Di Batu Pahat

Kali ini saya ingin berkongsi asal-usul nama2 bukit di Batu Pahat.

  • Bukit Jeragan.
Kisah bagaimana Bukit Jeragan mendapat namanya kononya bermula semasa pemerintahan Penghulu Pulau yang memerintah di Simpang Kanan, seorang Juragan kapal telah dijumpai terdampar di tepi Sungai Kundur(nama asal Sungai Batu Pahat)setelah kapalnya karam oleh anak2 buah Penghulu Pulau,malangnya juragan itu meninggal tidak lama selepas itu dan Penghulu mengarahkan juragan itu dikebumikan di atas Bukit Pantai yang akhirnya dikenali sebagai Bukit Jeragan(terletak berhampiran pejabat Kastam Batu Pahat).

  • Bukit Soga
Semasa pembukaan Batu Pahat terdapat sebuah kawasan bukit yang terdapat banyak rotan 'sega',ramai orang yang berulang alik mengambil rotan di bukit ini termasuklah orang dari Kampar Riau.Di dalam pelat orang Kampar rotan ini dipanggil 'soga',lama kelamaan nama itu menjadi terkenal dan dari sinilah Bukit Soga mendapat namanya kerana terdapat banyaknya rotan jenis ini di situ.

  • Bukit Cermai
Bukit Cermai adalah kawasan perkuburan orang Islam yang terawal di Batu Pahat,nama asal Bukit Cermai adalah Bukit Basariah.terletak di Jalan Tanjung Laboh.Dikatakan nama bukit ini menjadi terkenal dengan panggilan Bukit Cermai adalah mengambil sempena nama orang pertama yang dikebumikan di situ iaitu 'Cik Mai'.

Wallahualam 
Rujuk Persatuan Sejarah Batu Pahat untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 30, 2013

Tasek Qadri Batu Pahat

Tahukah anda selain Tasek Merdeka dan Tasek Y terdapat sebuah lagi tasek yang besar di Bandar Batu Pahat?Ya sebelum tahun 1930an terdapat sebuah tasek yang indah dan besar di bandar ini iaitu Tasek Qadri,ianya adalah tasek semula jadi yang besar dan oleh kerana ianya terletak berhampiran tanah kepunyaan seorang keturunan arab yang terkenal pada masa itu Syed Abu Bakar al-Qadri maka tasek ini dinamakan oleh  Dato' Bentara Luar dan Penghulu Rahmat sebagai Tasek Qadri.

Pada tahun 1926(ada yang mengatakan !934)tasek yang indah ini telah ditimbus atas perintah seorang Penolong Penasihat Kerajaan di Batu Pahat yang berbangsa Inggeris untuk di jadikan sebuah padang yang besar.Padang itu sekarang dikenali sebagai Satdium Batu Pahat pada asalnya adalah Tasek Qadri yang ditimbus.
Anda boleh melihat foto Tasek Qadri ini di kedai kami.



Monday, October 28, 2013

Sejarah Batu Pahat

Anda tahu serba sedikit tentang sejarah Batu Pahat?Saya nak menulis tentang sejarah Batu Pahat pada post ini.Tahukah anda pada zaman dahulu Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur?Ya mengikut sejarahnya nama asal Batu Pahat adalah Pulau Kundur dan sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur.

Pada abad ke 15 angkatan Siam diketuai oleh Awi Di Chu yang dalam perjalanan untuk menyerang Melaka telah singgah di pantai Minyak Beku untuk mencari bekalan air,mereka telah memahat satu takungan air di atas batu,dari semenjak itu pelayar2 yang berulang alik singgah mengambil air di situ memanggilnya batu pahat dari situlah lahirnya nama Batu Pahat.

Batu Pahat pada asalnya hanyalah terdapat penempatan2 kecil,Pada tahun 1811 seorang anak raja buigis bernama Daing Ahmad bin Daing Abd Rahman telah diperintah oleh Sri Maharaja Johor Temenggong Abd Rahman untuk membuka satu kawasan di pantai barat negeri Johor,lalu Daing Ahmad yang dikenali juga sebagai 'Wak Minah' telah memilih satu kawasan yang menarik pada pandangannya kerana kawasan itu berpasir dan berhampiran dengan sebatamg sungai,di tempat itu juga dikatakan ada sebatang pokok keruing yang sentiasa mengeluarkan minyak(getah)dan beku selepas itu,maka Daing Ahmad dikatakan mendapat ilham dari pokok keruing tersebut dan menamakan tempat itu Minyak Beku..Beliau dikenali sebagai Dato'Kaya Setia atau Orang Kaya Setia selepas pembukaan kawasan itu

Pada masa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura, dua orang ketua dari orang2 melayu iaitu Pulau dari Simpang Kanan berketurunan melayu daik dan Rapang keturunan orang besar Pahang dari Simpang Kiri telah menghadap baginda dan diberi gelaran 'Penghulu' untuk mentadbir kawasan masing2  pada tahun1834.

Selain Simpang Kanan dan Simpang Kiri serta Minyak Beku,satu lagi kawasan penempatan yang awal di Batu Pahat ialah Tanjumg Labuh,penempatan itu dibuka pada tahun 1858 oleh seorang melayu benama Bagus yang berasal dari Simpang Kanan lalu dilantik menjadi penghulu di situ.

Seorang lagi pemimpin yang mengasaskan penempatan awal di Batu Pahat ialah Dato'Yahya Awaluddin atau dikenali juga sebagai Dato' Yahya Tinggi dengan dibantu oleh Penghulu Rahmat dan Penghulu Kitam.Kawasan yang dibukanya dinamakan Bukit Senangin.Sejak dari itu Batu Pahat berkembang pesat dengan kedatangan orang2 jawa dan cina serta arab,Pada November1893,Dato' Bentara Luar telah menghadap Sultan Abu Bakar dan diperintahkan untuk membuka Bandar Batu Pahat,pada 2 Disember 1893 Batu Pahat diistiharkan sebagai bandar dan kerja2 mengukur pun dimulakan dari tepi Sungai Batu Pahat melalui Jalan Kebun Kopi ke Bukit Penggaram.

Pada 1 Disember 1894 Dato'Bentara Luar serta Orang2 Kaya,Penghulu2.pegawai2 dan rakyat jelata telah berhimpun  di bandar ini untuk mengistiharkan pembukaan rasmi bandar Batu Pahat yang diberi nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama tempat beliau menaikan bendera Johor iaitu Bukit Penggaram atau dikenali pada masa ini sebagai Bukit Bendera yang terletak di belakang Pejabat Majlis Daerah sekarang.Dikatakan asal nama Penggaram ini adalah singkatan nama 'Pengkal Jeram" nama asal Bukit Penggaram.Selepas pengistiharan ini pejabat2 kerajaan yang penting,rumah pasong(balai polis),penjara,mahkamah,hospital telah didirikan di sekitar kawasan itu.

Sekian.

Tahukah anda di mana terletaknya Tasik Qadri di Batu Pahat?Tahukah anda asal nama Bukit Cermai dan Bukit Soga?Tahukah anda asal usul nama Jalan Rahmat?...dalam post akan datang saya akan ceritakan asal nama beberapa tempat di Batu Pahat.

Sunday, October 27, 2013

Kenaikan Kos

Kenaikan harga bahan api baru2 ini banyak memberi impak kepada semua sektor perniagaan dan org awam,secara tidak langsung menyebabkan pihak pembekal menaikan harga bahan asas industri dan memaksa para peniaga menaikan harga produk mereka.

Kami juga tidak terkecuali hampir semua bahan2 asas untuk membuat frame seperti kayu,cermin dan papan naik dari 3%-5%,sesetengah pembekal sehingga lebih dari 5%.,alasan yang diberikan kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengangkutan meningkat dan memaksa mereka menaikan harga bahan asas tadi,bagi pengimport bahan dari luar pula menambah alasan mengaitkan rendahnya nilai RM berbanding USD.

Kami di Imagine Its Framed(IIF)tidak terlepas dari tempias situasi ini namun berdasarkan dari pengalaman kami yang lalu,kami lebih selesa menyerap kenaikan kos ini untuk tidak membebankan pelanggan2 setia kami,harga2 frame kami masih seperti biasa dan tidak akan dinaikan,malah bagi sesetengah profile harganya masih seperti 4-5 tahun yg lalu tidak berubah dari segi harga mahupun kualiti.

Bagaimana kami dapat melakukan?kerna kami sentiasa cuba untuk meminimumkan kos operasi kami seberapa baik yang boleh tanpa menjejaskan kualiti produk kami.,selain dari itu kami juga adalah pengguna jadi kami memahami,Frame bukanlah satu keperluan hidup tapi kadang2 dalam kehidupan manusia memerlukan frame sebagai penyeri ruang tamu,hadiah dan sebagainya

Kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik namun sebagai manusia biasa pasti ada kelemahan di sana sini,kami sentiasa untuk cuba memperbaiki kelemahan itu dari masa ke semasa.terima kasih atas sokongan dan kepercayaan pelanggan2 yang sentiasa menyokong sejak dari dulu lagi.Photographer2 di Batu Pahat,orang2 perseorangan,syarikat swasta dan agensi kerajaan,cikgu2,murid2 sekolah,terima kasih tidak terhingga.

Ini dibuktikan apabila buat beberapa tahun berturut2 sebuah pertubuhan swasta yang tersohor di Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk membekalkan Frame untuk acara tahunan mereka..Yang paling  membanggakan ialah ketika Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Baharu beberapa tahun lalu kami telah terpilih sebagai pembekal Frame cenderahati untuk pasukan2 yang bertanding,jadi produk kami telah berada di 30 buah negara,Kami  menbuat Frame untuk cenderahati Sultan Johor beberapa kali dan ianya dipamerkan di Muzium Kembara Mahkota.Terima kasih atas  pengalaman dan peluang yang diberikan.

Berbagai2 dugaan dan cabaran dihadapi sejak dari mula sehingga kini,tapi itu semua asam  garam dunia perniagaan,pujian atau caci keji kami terima dengan rela hati kerana kami juga manusia yang tak terlepas dari kesilapan.Apa yang penting keinginan untuk menjadi hari ini lebih baik dari semalam,sebenarnya menjalankan perniagaan membuat frame tidak mudah seperti yang disangka,cabaran yang terbesar ialah untuk mencari pembantu yang berpengalaman atau yang mempunyai minat yang tulen kerana membuat frame juga adalah satu seni,tapi apa pun cabaran usaha untuk memberikan yang terbaik tetap akan diteruskan,sekali lagi saya memohon maaf atas segala kekurangan,kesilapan dan akan cuba memberikan yang terbaik.Berilah teguran yang membina.
Psst...jangan lupa lawati website kami yang berwajah baru.untuk artikel2 menarik mengenai frame tp dlm bahasa inggeris.

Saturday, October 26, 2013

Lebih Lama Lebih Baik

Frame klasik ini adalah sebahagian contoh produk kami,kami akan upload lebih banyak lagi di masa hadapan.

Wajah Baru Website Kami

Lawati website kami yang berwajah baru http://imagineitsframed.co,kami akan mencuba sebaik mungkin untuk menaik taraf dari masa ke semasa.sebarang cadangan sila email kepada feysalkathiri@gmail.com

Sunday, October 6, 2013

KEDAI FRAME DAN BINGKAI DI BATU PAHAT

Kami sedia menerima tempahan membuat bingkai gambar atau frame dari kayu. Sila datang ke kedai kami Pasar Melayu Jalan Ibrahim Batu Pahat Johor. Hubungi 019773906 atau lawati website  kami atau anda boleh e-mail kami.