FeysalKathiri

FeysalKathiri

Saturday, November 30, 2013

In Frame-Daulat Tuanku

In Frame-Hari ini saya ingin mengongsikan foto-foto Baginda Sultan Johor yang dikasihi Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia,saya rasa ramai yang ingin melihat foto-foto Baginda berdua semasa muda.


 
                                               Baginda Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak    



            
                                             Y.A.M Raja Zarith Sofia ketika zaman kanak-kanak


                                                          Sultan Ibrahim


                                   Sultan Ibrahim ketika menjalani latihan ketenteraan

             

         
                 Foto-foto Baginda berdua sempena majlis perkahwinan 19-20 sept 1983.

                                       

In Frame-Tempat Kelahiran Rasulullah

In Frame-Inilah tempat kelahiran Rasulullah S.A.W di Mekah,sekarang didirikan perpustakaan di atasnya.








Friday, November 29, 2013

In-Frame-Istiqamah

In-Frame-Istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan,antara yang dituntut dalam Islam untuk kita beristiqamah ialah dalam perkara kebaikan terutamanya dalam ibadat.Melihatkan mereka dalam gambar ini melakukan ibadat walaupun dalam keadaan tangan bergari amat menyentuh hati.





Semoga Allah kurniakan Istiqamah kepada kita,Allahummarzuqna Istiqamah..Ameen

Thursday, November 28, 2013

Collage Frame

Apa itu collage frame?jika anda hendak membuat frame untuk sejumlah gambar atau foto pasti ianya akan melibatkan kos yang banyak,penyelesaiannya anda boleh menghimpunkan foto-foto tersebut di dalam satu frame untuk menjimatkan kos.Selain menjimatkan kos anda juga dapat menjimatkan ruang kerana anda tidak perlu untuk memaku  segenap ruang di dinding rumah hanya kerana bertujuan untuk mengantung banyak frame yang bersaiz kecil.

Anda boleh menyusun foto-foto anda di atas sekeping mounting board atau manila kad mengikut susunan yang anda suka tapi jangan lupa melekatkanya  atau anda boleh meminta framemaker anda melakukannya mengunakan mat-board di mana lubang atau tetingkap ditebuk pada mat-board itu,jumlahnya bergantung kepada jumlah foto yang anda ingin framekan..Mat-board adalah berbeza dari mounting board yang anda boleh dapati di kedai-kedai stationary yang lebih murah harganya.Mat-board lebih mahal sedikit kerana kebanyakannya diimpot dan lapisan dalamnya(teras) berwarna putih berbanding mounting board yang berwarna kelabu dan kurang sesuai untuk ditebuk tetingkap padanya.Kedua-duanya terdapat dalam berbagai warna,pilih mengikut kesesuaian.

Collage frame juga boleh didapati dalam bentuk ready-made di pasaran.
Berikut adalah contoh collage frame












Foto:www.yourpictureframe.com

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Siti Aishah

Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London. Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Papan tanda selamat datang ke Lambeth, London lokasi kediaman di mana Siti Aishah ditahan.
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".


Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. ~tmi

Monday, November 25, 2013

Hidayah Milik Allah

Apabila Allah menghendaki tiada siapa yang boleh mengelak atau lari dari kehendakNya,kita semua tahu bagaimana Saiyidina Omar memeluk Islam,dari seorang yang amat membenci Islam menjadi seorang pembela Islam malah menjadi Khalifah dan antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Begitulah juga yang terjadi kepada seorang lelaki dari Holland ini yang amat membenci Islam malah dia merupakan orang kanan Geert Wilder pengasas parti sayap kanan Freedom Party yang amat lantang dan amat membenci Islam dan penganutnya.Wilder juga menjadi terkenal kerana menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Fitna' yang menghina dan mempersendakan Al-quraan.

Tetapi Wilder telah menerima tamparan hebat apabila orang kanan dan ahli partinya sendiri telah memeluk Islam setelah mengkaji dan menyelidiki ajaran Islam.Arnold Van Doorn telah memeluk agama Islam pada 14 Mac 2013.Menurut Arnold dia telah mendengar banyak perkara negatif mengenai agama Islam dan memutuskan untuk mengkaji tentang agama suci itu untuk mencari kebenaran.Dia telah dibawa ke sebuah masjid di The Hague oleh rakan setugasnya di Majlis Bandaraya The Hague dimana dia telah disambut dengan baik oleh jemaah masjid itu walaupun mereka tahu dia adalah anggota Parti Freedom.Di masjid itu dia telah diberi penerangan dan penjelasan tentang ajaran Islam yang sebenar.

Arnold memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah mengetahui kebenaran ajaran Islam dan berkata dia amat menyesali pembabitannya dengan Parti Freedom.Walaupun ramai yang mengelar dirinya sebagai pengkhianat tetapi dia tidak kisah kerana tahu dia telah membuat keputusan yang tepat dan mengharap Allah akan membimbingnya menghadapi semua cabaran.Dia juga bersyukur dengan sokongan yang diterimanya setelah memeluk Islam.Dia juga telah menulis surat meminta kebenaran dari datuk bandar The Hague untuk menunaikan solat pada waktu pejabat.Semoga Allah memberkati kita semua.Allahu Akbar






Sunday, November 24, 2013

Belajar Melukis Menggunakan Acrylic

Minat melukis?Belajar bagaimana hendak melukis menggunakan acrylic

Cara Mendapatkan Beribu Like Secara Percuma

Adakah anda mempunyai fan-page?anda ingin mendapatkan like yang banyak tapi anda tidak mampu atau tidak mahu membayar untuknya?Jika anda mempunyai perniagaan online dan anda mempunyai fan-page perniagaan  like yang banyak adalah penting kerana lebih banyak like lebih tinggi peluang anda untuk membuat jualan.Anda boleh menjual bermacam-macam produk dari fan-page anda atau anda boleh mempromosikan  produk orang lain dan mendapatkan komisen darinya.Pendek kata anda boleh menjual apa sahaja di fan-page anda.

Kadang-kadang kita seperti mengemis untuk meminta kawan-kawan kita untuk like page kita,cara lain ialah dengan membayar mereka-mereka yang menyediakan servis menaiikan like untuk fan-page kita,harganya pun boleh tahan.Seperti yang saya katakan di atas like yang banyak adalah penting,bayangkan fan-page anda mempunyai beribu-ribu like,setiap kali anda mempromosi barangan atau servis ianya akan dapat dilihat oleh mereka-mereka yang telah like page anda dan jika 5-10% yang membuat pilihan untuk membeli berapa banyak jualan yang anda dapat?

Saya hendak mengongsikan cara untuk dapatkan like yang banyak secara percuma dan anda boleh memilih untuk dapatkan like dari luar negara atau dari Malaysia sahaja.Caranya anda daftarkan fan-page anda di SINI dan ikut arahan yang diberikan Like Percuma cubalah!

Saturday, November 23, 2013

Tentera Upahan Russia Di Syria

Mujahideen di Syria bukan sahaja berhadapan dengan tentera Basyar tetapi mereka turut berdepan dengan tentera upahan Russia yang berjuang di sisi tentera Basyar Assad,dokumen yang dirampas dari mayat tentera upahan Russia yang dibunuh membuktikan perkara ini.







Allahu Akbar!Cuti Mingguan Pada Jumaat dan Sabtu


Sah!Spekulasi yang bertiup kencang di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini terbukti sahih apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan cuti mingguan di negeri Johor akan dikembalikan pada Jumaat dan Sabtu.Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi negeri Johor kerana sebelum tahun1994 negeri Johor sememangnya bercuti  pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad oleh Menteri Besar ketika itu.
Ianya memang dinantikan oleh majoriti rakyat Johor dan merupakan satu kemenangan kerana Jumaat merupakan penghulu segala hari dan memudahkan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat dengan tenang tanpa tergesa-gesa.Tahniah kepada Sultan dan rakyat Johor.
Teringat saya pada zaman persekolahan dahulu,Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana hari itu merupakan hari cuti dan kebanyakan majlis kenduri kahwin diadakan pada hari tersebut.Apabila tiba hari Jumaat maka keadaan di Jalan Ibrahim menghala ke Pasar Batu Pahat akan menjadi sibuk kerana orang akan berpusu-pusu membeli belah pada hari tersebut.Selepas sedekad mungkin agak kekok untuk memulakan minggu yang baru pada hari Ahad tapi lama kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.Sekali lagi tahniah rakyat Johor!Allahu Akbar!

Thursday, November 21, 2013

Iklan Volkswagen Yang Lucu



Raksaksa Dijumpai Di Vietnam



Raksaksa apakah ini?Bangkai raksaksa ini dijumpai di Vietnam namun tidak dapat dipastikan spesis apakah ini.Pastinya ia bukanlah ikan paus kerana dijumpai di daratan bukan di laut.

Frame-Ardi Rizal Sehari 40 Batang Rokok

Jika seorang dewasa menghisap 40 batang rokok sehari mungkin tiada yang pelik tetapi jika seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menghisap 40 batang sehari itu memang luarbiasa.Ardi Rizal kanak-kanak dari Sumatera ini pernah mengemparkan dunia dengan tabiat luarbiasanya menghisap 40 batang rokok sehari.

Namun Ardi yang kini berusia 5 tahun telah pulih dari ketagihan rokok tetapi dia kini mempunyai tabiat baru yang tidak kurang bahayanya iaitu ketagihan terhadap makanan ringan,yang paling disukainya susu pekat manis dan menurut ibunya Ardi perlu disediakan 3 tin susu pekat manis setiap hari.Yang paling membimbangkan berat badanya semakin meningkat.

Tidak dapat difikirkan bagaimana seorang ibu boleh membelikan anak sekecil ini 40 batang rokok setiap hari.Dia amat bernasib baik dapat dipulihkan dari tabiat ini.Sayang anak perlu berpada-pada..

Monday, November 18, 2013

Shadow Box


Frame di atas di panggil 'Shadowbox',apabila kita hendak membingkaikan sesuatu yang tebal dan tinggi maka teknik shadowbox akan digunakan,shadowbox ini berbentuk kotak dan agak tebal dari frame-frame yang biasa,ketebalan bergantung kepada barang yang hendak dibingkaikan,antara barang yang selalu digunakan dalam teknik ini ialah item-item seperti pinggan mangkuk,baju,kasut,senapang atau pistol replika,pisau atau pedang,gitar dsb,orang tak boleh lah kerana kalau nak framekan orang kita kena tempah di kedai membuat keranda.

Biasanya kos untuk membuat shadowbox agak mahal berbanding frame biasa,ini kerana kerjanya lebih rumit dan banyak bahan yang perlu digunakan.Sesuai untuk item-item yang mempunyai nilai sentimental atau memoribilia.


                                          Antara contoh shadowbox.

Saturday, November 16, 2013

PDF Percuma Discover the Meaning of Colour through Interior Design

Dapatkan e-book percuma dalam bahasa inggeris berkenaan  warna-warna yang  sesuai untuk hiasan dalaman,
di sini .Berguna untuk memilih warna-warna cat untuk kediaman anda.Warna apa yang harus dipilih untuk memberikan ketenangan,menyejukan pandangan,membangkitkan suasana ceria dan sebagainya.

Gabungkannya dengan frame dan bingkai untuk mengindahkan suasana kediaman anda,dapatkan frame atau bingkai yang sesuai untuk setiap dinding yang terdapat di ruang tamu,ruang makan atau bilik tidur.Dinding yang luas perlukan frame yang lebih besar dari segi saiznya contohnya dinding di ruang tamu selain dari khat,gambar foto keluarga atau lukisan,sebuah frame cermin muka yang bersaiz agak besar yang diletakan di situ akan menampakan ruang tamu anda lebih luas dan memantulkan cahaya.Sebagai orang Islam frame kaligraphi atau khat ayat suci Al-quran adalah satu keutamaan,selain mengindahkan ruang kita juga akan mendapat pahala dengan memandangnya apatahlagi bila kita membacanya.

Untuk ruang makan anda boleh meletakan khat doa-doa seperti doa sebelum makan dan selepas makan, gambar atau lukisan buah-buahan, sayur-sayuran atau rempah ratus di ruang ini,poster-poster minuman atau cocktail bersaiz 18x24 atau 24x30 adalah sesuai.Namun pastikan yang sesuai dengan tema warna dinding anda.

Untuk ruang di bilik tidur utama selain warna-warna yang romantik,khat ayat suci alquran,gambar atau lukisan pemandangan yang menyejukan mata seperti pemandangan di tepi laut,air terjun boleh mendatangkan ketenangan kerana setelah penat bekerja seharian anda pasti mahukan sesuatu yang melapangkan fikiran..

FRAME-Tarian Robotic Yang Menakjubkan


Monday, November 11, 2013

Frame Recycle(Murah & Cantik)D.I.Y


Ini adalah sebahagian idea bagaimana anda boleh membuat perhiasan rumah dengan mengunakan bahan terbuang,apa yang penting kreativiti,perhiasan dalam gambar di atas dibuat mengunakan kadbod atau penutup kotak kasut yang disalut dengan fabrik pelbagai corak,Boleh diajar kepada anak sebagai mengisi masa lapang waktu cuti sekolah yang mendatang atau sebagai hobi dan hadiahkan pada kawan2.Cubalah.Murah dan Cantik!

Sunday, November 10, 2013

4 Perkara Jika Dipandang Mendapat Pahala

Dari Aisyah r.a bahawa Rasullalah s.a.w bersabda melihat kepada 3 perkara adalah ibadah,melihat wajah ibubapa,melihat al Quran,melihat lautan (riwayat Abu Nuaim).
Dan ditambah dengan melihat Kaabah(riwayat Abu Daud).

Allahu Akbar Maha Suci Allah dengan hanya melihat pada 4 perkara yang disebutkan di atas dikira ibadah dan mendapat pahala!

Saturday, November 9, 2013

Tasik Merdeka Batu Pahat

Tahukah anda bahawa Tasik Merdeka pada asalnya adalah sebuah bukit yang dipanggil Bukit Memberus,batu-batu dari bukit ini digunakan untuk kerja menambak jalan-jalan baru di sekitar Batu Pahat.Di antara tahun1935/1936 sebuah syarikat dari Jepun telah membuat kerja-kerja perlombongan di bukit ini untuk mengeluarkan bijih 'boxide' dan nama bukit ini telah ditukar kepada Bukit Makmor.

Kesan aktiviti perlombongan di situ telah mewujudkan sebuah kawasan bertasik.Pegawai Daerah Batu Pahat Dato' Eusof Bin Abd. Rahman yang berkhidmat pada tahun !967-1968 telah mengesyorkan kawasan tasik ini dimajukan dan dijadikan kawasan reakresi,apabila siap kawasan ini telah dinamakan Tasik Merdeka sempena ulangtahun kemerdekaan negara.

Sekarang lebih terkenal dengan nama Wet World,sebelum akhir tahun 90an keadaan air yang jernih membolehkan kita melihat kesan2 aktiviti perlombongan oleh syarikat Jepun seperti bekas trek gerabak yang digunakan untuk membawa bijih-bijih boxide di dasar tasik,ianya juga dikatakan 'keras' kerana sering berlaku kematian setiap tahun melibatkan mereka yang lemas berenang di kawasan tengah tasik,dan ianya juga adalah lokasi yang sering berlaku kes bunuh diri.Dikatakan juga terdapat seekor ikan Toman yang besar di tasik ini,wallahuaalam.

Saya sendiri semasa zaman persekolahan sering menjadikan tasik ini sebagai tempat berenang bersama kawan-kawan,walupun sering dimomokan dengan cerita yang menakutkan tapi itu tidak menghalang kami dari datang kesini setiap hujung minggu untuk berenang dan memancing,terdapat beberapa  buah pulau di tasik ini antara yang saya ingat ialah Pulau Wanita(kenapa dinamakan begini saya tidak pasti)yang terletak di tengah tasik dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu,di sinilah  kawasan kegemaran kami untuk bermandi-manda kerana airnya yang jernih dan dalam,biasanya kami akan memanjat pokok-pokok di situ dan terjun kedalam tasik dengan gaya masing-masing,ada yang melakukan aksi 'terjun botol','terjun kelapa',ada yang berlagak seperti tarzan,memang meriah waktu itu dengan gelak ketawa kawan-kawan,tapi jangan kantoi dengan mak bapak!memang kena balun lah jawabnya!bukan kerana apa mereka bimbang sebab banyak kes mati lemas setiap tahun di situ.

Kawasan tasik ini juga terkenal sebaga tempat berdating selain bus stand Batu Pahat dan Dataran Penggaram(dulu di panggil Fountain),maklumlah zaman itu mana ada BpMall atau Summit,tanyalah pakcik atau makcik anda yang berumur lebih 40an pasti mereka tahu kisah Tasik Merdeka

Psst!kalau ada kisah2 menarik tentang tempat2 di Batu Pahat boleh lah kongsi bersama.

Tuesday, November 5, 2013

Jalan Rahmat Batu Pahat

Penduduk Batu Pahat pasti tahu dan mesti pernah melalui di Jalan Rahmat,tahukah anda siapa Rahmat?Jalan Rahmat dinamakan sempena  nama Penghulu Rahmat Bin Ragam Penghulu Mukim Simpang Kanan Batu Pahat,

Penghulu Rahmat dilahirkan pada tahun1828 dan meninggalkan dunia pada 1919 dan telah dikebumikan di Bukit Basariah(Bukit Cermai)Batu Pahat.Beliau adalah antara tokoh terkemuka dalam sejarah Batu Pahat.

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selamat meyambut Maal Hijrah kepada muslimin-muslimat,semoga tahun baru membawa rahmat kepada kita semua.

Monday, November 4, 2013

Suami Yang Bertanggungjawab Dan Penyayang

Pada suatu masa di sebuah negeri arab yang agak mundur ada seorang suami yang risau memikirkan masa depan keluarganya,fulus tak masyuk lah..jadi dia memutuskan untuk mencuba nasib ke Dubai untuk mengubah keadaan hidup keluarganya.Setelah berbincang dan isterinya bersetuju maka dia pun berhijrah ke Dubai tapi seorang diri,isteri dan anaknya ditinggalkan di kampung.

Sampai di Dubai nasibnya agak baik,melalui seorang kenalannya dia mendapat pekerjaan sebagai pembantu di sebuah syarikat,gaji pun agak lumayan.Setiap bulan si suami yang bertanggungjawab ini akan mengirm wang kepada isterinya di kampung dan sering menghubunginya..Dia juga seorang yang berhemah,menabung demi masa depan keluarga dan dirinya.Berkat kerajinan dan sikap tanggungjawabnya, kehidupan keluarganya di kampung menjadi bertambah baik.

Pada satu hari cuti,dia bersiar-siar di bandar Dubai dan dia telah terpandang lampu 'chandelier'(lampu kristal) yang besar di sebuah kedai menjual lampu perhiasan.Masha Allah cantiknya lampu ini,ana mesti mendapatkannya untuk rumah ana di kampung,ana lah orang pertama di kampung ana yang mempunyai lampu sebegini bisiknya dalam hati.Dia pun terus masuk dan membeli 2 buah lampu itu,satu di ruang tamu satu lagi di ruang makan katanya sambil tersenyum.Dia  langsung ke syarikat penghantaran Sky Net  untuk mengirim lampu-lampu itu ke kampungnya.Setelah itu dia menghubungi isterinya dan memberitahu yang dia ada surprise untuknya,tunggu dalam masa seminggu habibi pasti suka..hehehe i love u bebeh tambahnya lagi pada isterinya.

Selepas seminggu dia  menghubungi isterinya setelah bertanya khabar dia berkata,'ya habibi hadiah yang ana kirim ente sudah dapat?ente suka?'sudah2 ya habib masha Allah banyak cantik lah,ana banyak suka lah tapi kenapa besar sangat?ana mahu gantung di telinga banyak beratlah.

Moral of the Story-Jgn suka buat surprise tak tentu pasal.