FeysalKathiri

FeysalKathiri

Monday, November 25, 2013

Hidayah Milik Allah

Apabila Allah menghendaki tiada siapa yang boleh mengelak atau lari dari kehendakNya,kita semua tahu bagaimana Saiyidina Omar memeluk Islam,dari seorang yang amat membenci Islam menjadi seorang pembela Islam malah menjadi Khalifah dan antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Begitulah juga yang terjadi kepada seorang lelaki dari Holland ini yang amat membenci Islam malah dia merupakan orang kanan Geert Wilder pengasas parti sayap kanan Freedom Party yang amat lantang dan amat membenci Islam dan penganutnya.Wilder juga menjadi terkenal kerana menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Fitna' yang menghina dan mempersendakan Al-quraan.

Tetapi Wilder telah menerima tamparan hebat apabila orang kanan dan ahli partinya sendiri telah memeluk Islam setelah mengkaji dan menyelidiki ajaran Islam.Arnold Van Doorn telah memeluk agama Islam pada 14 Mac 2013.Menurut Arnold dia telah mendengar banyak perkara negatif mengenai agama Islam dan memutuskan untuk mengkaji tentang agama suci itu untuk mencari kebenaran.Dia telah dibawa ke sebuah masjid di The Hague oleh rakan setugasnya di Majlis Bandaraya The Hague dimana dia telah disambut dengan baik oleh jemaah masjid itu walaupun mereka tahu dia adalah anggota Parti Freedom.Di masjid itu dia telah diberi penerangan dan penjelasan tentang ajaran Islam yang sebenar.

Arnold memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah mengetahui kebenaran ajaran Islam dan berkata dia amat menyesali pembabitannya dengan Parti Freedom.Walaupun ramai yang mengelar dirinya sebagai pengkhianat tetapi dia tidak kisah kerana tahu dia telah membuat keputusan yang tepat dan mengharap Allah akan membimbingnya menghadapi semua cabaran.Dia juga bersyukur dengan sokongan yang diterimanya setelah memeluk Islam.Dia juga telah menulis surat meminta kebenaran dari datuk bandar The Hague untuk menunaikan solat pada waktu pejabat.Semoga Allah memberkati kita semua.Allahu Akbar






No comments:

Post a Comment