FeysalKathiri

FeysalKathiri

Saturday, November 9, 2013

Tasik Merdeka Batu Pahat

Tahukah anda bahawa Tasik Merdeka pada asalnya adalah sebuah bukit yang dipanggil Bukit Memberus,batu-batu dari bukit ini digunakan untuk kerja menambak jalan-jalan baru di sekitar Batu Pahat.Di antara tahun1935/1936 sebuah syarikat dari Jepun telah membuat kerja-kerja perlombongan di bukit ini untuk mengeluarkan bijih 'boxide' dan nama bukit ini telah ditukar kepada Bukit Makmor.

Kesan aktiviti perlombongan di situ telah mewujudkan sebuah kawasan bertasik.Pegawai Daerah Batu Pahat Dato' Eusof Bin Abd. Rahman yang berkhidmat pada tahun !967-1968 telah mengesyorkan kawasan tasik ini dimajukan dan dijadikan kawasan reakresi,apabila siap kawasan ini telah dinamakan Tasik Merdeka sempena ulangtahun kemerdekaan negara.

Sekarang lebih terkenal dengan nama Wet World,sebelum akhir tahun 90an keadaan air yang jernih membolehkan kita melihat kesan2 aktiviti perlombongan oleh syarikat Jepun seperti bekas trek gerabak yang digunakan untuk membawa bijih-bijih boxide di dasar tasik,ianya juga dikatakan 'keras' kerana sering berlaku kematian setiap tahun melibatkan mereka yang lemas berenang di kawasan tengah tasik,dan ianya juga adalah lokasi yang sering berlaku kes bunuh diri.Dikatakan juga terdapat seekor ikan Toman yang besar di tasik ini,wallahuaalam.

Saya sendiri semasa zaman persekolahan sering menjadikan tasik ini sebagai tempat berenang bersama kawan-kawan,walupun sering dimomokan dengan cerita yang menakutkan tapi itu tidak menghalang kami dari datang kesini setiap hujung minggu untuk berenang dan memancing,terdapat beberapa  buah pulau di tasik ini antara yang saya ingat ialah Pulau Wanita(kenapa dinamakan begini saya tidak pasti)yang terletak di tengah tasik dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu,di sinilah  kawasan kegemaran kami untuk bermandi-manda kerana airnya yang jernih dan dalam,biasanya kami akan memanjat pokok-pokok di situ dan terjun kedalam tasik dengan gaya masing-masing,ada yang melakukan aksi 'terjun botol','terjun kelapa',ada yang berlagak seperti tarzan,memang meriah waktu itu dengan gelak ketawa kawan-kawan,tapi jangan kantoi dengan mak bapak!memang kena balun lah jawabnya!bukan kerana apa mereka bimbang sebab banyak kes mati lemas setiap tahun di situ.

Kawasan tasik ini juga terkenal sebaga tempat berdating selain bus stand Batu Pahat dan Dataran Penggaram(dulu di panggil Fountain),maklumlah zaman itu mana ada BpMall atau Summit,tanyalah pakcik atau makcik anda yang berumur lebih 40an pasti mereka tahu kisah Tasik Merdeka

Psst!kalau ada kisah2 menarik tentang tempat2 di Batu Pahat boleh lah kongsi bersama.

No comments:

Post a Comment