FeysalKathiri

FeysalKathiri

Thursday, October 31, 2013

Frame Maker- Asal Nama2 Bukit Di Batu Pahat

Kali ini saya ingin berkongsi asal-usul nama2 bukit di Batu Pahat.

  • Bukit Jeragan.
Kisah bagaimana Bukit Jeragan mendapat namanya kononya bermula semasa pemerintahan Penghulu Pulau yang memerintah di Simpang Kanan, seorang Juragan kapal telah dijumpai terdampar di tepi Sungai Kundur(nama asal Sungai Batu Pahat)setelah kapalnya karam oleh anak2 buah Penghulu Pulau,malangnya juragan itu meninggal tidak lama selepas itu dan Penghulu mengarahkan juragan itu dikebumikan di atas Bukit Pantai yang akhirnya dikenali sebagai Bukit Jeragan(terletak berhampiran pejabat Kastam Batu Pahat).

  • Bukit Soga
Semasa pembukaan Batu Pahat terdapat sebuah kawasan bukit yang terdapat banyak rotan 'sega',ramai orang yang berulang alik mengambil rotan di bukit ini termasuklah orang dari Kampar Riau.Di dalam pelat orang Kampar rotan ini dipanggil 'soga',lama kelamaan nama itu menjadi terkenal dan dari sinilah Bukit Soga mendapat namanya kerana terdapat banyaknya rotan jenis ini di situ.

  • Bukit Cermai
Bukit Cermai adalah kawasan perkuburan orang Islam yang terawal di Batu Pahat,nama asal Bukit Cermai adalah Bukit Basariah.terletak di Jalan Tanjung Laboh.Dikatakan nama bukit ini menjadi terkenal dengan panggilan Bukit Cermai adalah mengambil sempena nama orang pertama yang dikebumikan di situ iaitu 'Cik Mai'.

Wallahualam 
Rujuk Persatuan Sejarah Batu Pahat untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 30, 2013

Tasek Qadri Batu Pahat

Tahukah anda selain Tasek Merdeka dan Tasek Y terdapat sebuah lagi tasek yang besar di Bandar Batu Pahat?Ya sebelum tahun 1930an terdapat sebuah tasek yang indah dan besar di bandar ini iaitu Tasek Qadri,ianya adalah tasek semula jadi yang besar dan oleh kerana ianya terletak berhampiran tanah kepunyaan seorang keturunan arab yang terkenal pada masa itu Syed Abu Bakar al-Qadri maka tasek ini dinamakan oleh  Dato' Bentara Luar dan Penghulu Rahmat sebagai Tasek Qadri.

Pada tahun 1926(ada yang mengatakan !934)tasek yang indah ini telah ditimbus atas perintah seorang Penolong Penasihat Kerajaan di Batu Pahat yang berbangsa Inggeris untuk di jadikan sebuah padang yang besar.Padang itu sekarang dikenali sebagai Satdium Batu Pahat pada asalnya adalah Tasek Qadri yang ditimbus.
Anda boleh melihat foto Tasek Qadri ini di kedai kami.



Monday, October 28, 2013

Sejarah Batu Pahat

Anda tahu serba sedikit tentang sejarah Batu Pahat?Saya nak menulis tentang sejarah Batu Pahat pada post ini.Tahukah anda pada zaman dahulu Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur?Ya mengikut sejarahnya nama asal Batu Pahat adalah Pulau Kundur dan sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur.

Pada abad ke 15 angkatan Siam diketuai oleh Awi Di Chu yang dalam perjalanan untuk menyerang Melaka telah singgah di pantai Minyak Beku untuk mencari bekalan air,mereka telah memahat satu takungan air di atas batu,dari semenjak itu pelayar2 yang berulang alik singgah mengambil air di situ memanggilnya batu pahat dari situlah lahirnya nama Batu Pahat.

Batu Pahat pada asalnya hanyalah terdapat penempatan2 kecil,Pada tahun 1811 seorang anak raja buigis bernama Daing Ahmad bin Daing Abd Rahman telah diperintah oleh Sri Maharaja Johor Temenggong Abd Rahman untuk membuka satu kawasan di pantai barat negeri Johor,lalu Daing Ahmad yang dikenali juga sebagai 'Wak Minah' telah memilih satu kawasan yang menarik pada pandangannya kerana kawasan itu berpasir dan berhampiran dengan sebatamg sungai,di tempat itu juga dikatakan ada sebatang pokok keruing yang sentiasa mengeluarkan minyak(getah)dan beku selepas itu,maka Daing Ahmad dikatakan mendapat ilham dari pokok keruing tersebut dan menamakan tempat itu Minyak Beku..Beliau dikenali sebagai Dato'Kaya Setia atau Orang Kaya Setia selepas pembukaan kawasan itu

Pada masa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura, dua orang ketua dari orang2 melayu iaitu Pulau dari Simpang Kanan berketurunan melayu daik dan Rapang keturunan orang besar Pahang dari Simpang Kiri telah menghadap baginda dan diberi gelaran 'Penghulu' untuk mentadbir kawasan masing2  pada tahun1834.

Selain Simpang Kanan dan Simpang Kiri serta Minyak Beku,satu lagi kawasan penempatan yang awal di Batu Pahat ialah Tanjumg Labuh,penempatan itu dibuka pada tahun 1858 oleh seorang melayu benama Bagus yang berasal dari Simpang Kanan lalu dilantik menjadi penghulu di situ.

Seorang lagi pemimpin yang mengasaskan penempatan awal di Batu Pahat ialah Dato'Yahya Awaluddin atau dikenali juga sebagai Dato' Yahya Tinggi dengan dibantu oleh Penghulu Rahmat dan Penghulu Kitam.Kawasan yang dibukanya dinamakan Bukit Senangin.Sejak dari itu Batu Pahat berkembang pesat dengan kedatangan orang2 jawa dan cina serta arab,Pada November1893,Dato' Bentara Luar telah menghadap Sultan Abu Bakar dan diperintahkan untuk membuka Bandar Batu Pahat,pada 2 Disember 1893 Batu Pahat diistiharkan sebagai bandar dan kerja2 mengukur pun dimulakan dari tepi Sungai Batu Pahat melalui Jalan Kebun Kopi ke Bukit Penggaram.

Pada 1 Disember 1894 Dato'Bentara Luar serta Orang2 Kaya,Penghulu2.pegawai2 dan rakyat jelata telah berhimpun  di bandar ini untuk mengistiharkan pembukaan rasmi bandar Batu Pahat yang diberi nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama tempat beliau menaikan bendera Johor iaitu Bukit Penggaram atau dikenali pada masa ini sebagai Bukit Bendera yang terletak di belakang Pejabat Majlis Daerah sekarang.Dikatakan asal nama Penggaram ini adalah singkatan nama 'Pengkal Jeram" nama asal Bukit Penggaram.Selepas pengistiharan ini pejabat2 kerajaan yang penting,rumah pasong(balai polis),penjara,mahkamah,hospital telah didirikan di sekitar kawasan itu.

Sekian.

Tahukah anda di mana terletaknya Tasik Qadri di Batu Pahat?Tahukah anda asal nama Bukit Cermai dan Bukit Soga?Tahukah anda asal usul nama Jalan Rahmat?...dalam post akan datang saya akan ceritakan asal nama beberapa tempat di Batu Pahat.

Sunday, October 27, 2013

Kenaikan Kos

Kenaikan harga bahan api baru2 ini banyak memberi impak kepada semua sektor perniagaan dan org awam,secara tidak langsung menyebabkan pihak pembekal menaikan harga bahan asas industri dan memaksa para peniaga menaikan harga produk mereka.

Kami juga tidak terkecuali hampir semua bahan2 asas untuk membuat frame seperti kayu,cermin dan papan naik dari 3%-5%,sesetengah pembekal sehingga lebih dari 5%.,alasan yang diberikan kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengangkutan meningkat dan memaksa mereka menaikan harga bahan asas tadi,bagi pengimport bahan dari luar pula menambah alasan mengaitkan rendahnya nilai RM berbanding USD.

Kami di Imagine Its Framed(IIF)tidak terlepas dari tempias situasi ini namun berdasarkan dari pengalaman kami yang lalu,kami lebih selesa menyerap kenaikan kos ini untuk tidak membebankan pelanggan2 setia kami,harga2 frame kami masih seperti biasa dan tidak akan dinaikan,malah bagi sesetengah profile harganya masih seperti 4-5 tahun yg lalu tidak berubah dari segi harga mahupun kualiti.

Bagaimana kami dapat melakukan?kerna kami sentiasa cuba untuk meminimumkan kos operasi kami seberapa baik yang boleh tanpa menjejaskan kualiti produk kami.,selain dari itu kami juga adalah pengguna jadi kami memahami,Frame bukanlah satu keperluan hidup tapi kadang2 dalam kehidupan manusia memerlukan frame sebagai penyeri ruang tamu,hadiah dan sebagainya

Kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik namun sebagai manusia biasa pasti ada kelemahan di sana sini,kami sentiasa untuk cuba memperbaiki kelemahan itu dari masa ke semasa.terima kasih atas sokongan dan kepercayaan pelanggan2 yang sentiasa menyokong sejak dari dulu lagi.Photographer2 di Batu Pahat,orang2 perseorangan,syarikat swasta dan agensi kerajaan,cikgu2,murid2 sekolah,terima kasih tidak terhingga.

Ini dibuktikan apabila buat beberapa tahun berturut2 sebuah pertubuhan swasta yang tersohor di Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk membekalkan Frame untuk acara tahunan mereka..Yang paling  membanggakan ialah ketika Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Baharu beberapa tahun lalu kami telah terpilih sebagai pembekal Frame cenderahati untuk pasukan2 yang bertanding,jadi produk kami telah berada di 30 buah negara,Kami  menbuat Frame untuk cenderahati Sultan Johor beberapa kali dan ianya dipamerkan di Muzium Kembara Mahkota.Terima kasih atas  pengalaman dan peluang yang diberikan.

Berbagai2 dugaan dan cabaran dihadapi sejak dari mula sehingga kini,tapi itu semua asam  garam dunia perniagaan,pujian atau caci keji kami terima dengan rela hati kerana kami juga manusia yang tak terlepas dari kesilapan.Apa yang penting keinginan untuk menjadi hari ini lebih baik dari semalam,sebenarnya menjalankan perniagaan membuat frame tidak mudah seperti yang disangka,cabaran yang terbesar ialah untuk mencari pembantu yang berpengalaman atau yang mempunyai minat yang tulen kerana membuat frame juga adalah satu seni,tapi apa pun cabaran usaha untuk memberikan yang terbaik tetap akan diteruskan,sekali lagi saya memohon maaf atas segala kekurangan,kesilapan dan akan cuba memberikan yang terbaik.Berilah teguran yang membina.
Psst...jangan lupa lawati website kami yang berwajah baru.untuk artikel2 menarik mengenai frame tp dlm bahasa inggeris.

Saturday, October 26, 2013

Lebih Lama Lebih Baik

Frame klasik ini adalah sebahagian contoh produk kami,kami akan upload lebih banyak lagi di masa hadapan.

Wajah Baru Website Kami

Lawati website kami yang berwajah baru http://imagineitsframed.co,kami akan mencuba sebaik mungkin untuk menaik taraf dari masa ke semasa.sebarang cadangan sila email kepada feysalkathiri@gmail.com

Sunday, October 6, 2013

KEDAI FRAME DAN BINGKAI DI BATU PAHAT

Kami sedia menerima tempahan membuat bingkai gambar atau frame dari kayu. Sila datang ke kedai kami Pasar Melayu Jalan Ibrahim Batu Pahat Johor. Hubungi 019773906 atau lawati website  kami atau anda boleh e-mail kami.