FeysalKathiri

FeysalKathiri

Monday, October 28, 2013

Sejarah Batu Pahat

Anda tahu serba sedikit tentang sejarah Batu Pahat?Saya nak menulis tentang sejarah Batu Pahat pada post ini.Tahukah anda pada zaman dahulu Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur?Ya mengikut sejarahnya nama asal Batu Pahat adalah Pulau Kundur dan sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur.

Pada abad ke 15 angkatan Siam diketuai oleh Awi Di Chu yang dalam perjalanan untuk menyerang Melaka telah singgah di pantai Minyak Beku untuk mencari bekalan air,mereka telah memahat satu takungan air di atas batu,dari semenjak itu pelayar2 yang berulang alik singgah mengambil air di situ memanggilnya batu pahat dari situlah lahirnya nama Batu Pahat.

Batu Pahat pada asalnya hanyalah terdapat penempatan2 kecil,Pada tahun 1811 seorang anak raja buigis bernama Daing Ahmad bin Daing Abd Rahman telah diperintah oleh Sri Maharaja Johor Temenggong Abd Rahman untuk membuka satu kawasan di pantai barat negeri Johor,lalu Daing Ahmad yang dikenali juga sebagai 'Wak Minah' telah memilih satu kawasan yang menarik pada pandangannya kerana kawasan itu berpasir dan berhampiran dengan sebatamg sungai,di tempat itu juga dikatakan ada sebatang pokok keruing yang sentiasa mengeluarkan minyak(getah)dan beku selepas itu,maka Daing Ahmad dikatakan mendapat ilham dari pokok keruing tersebut dan menamakan tempat itu Minyak Beku..Beliau dikenali sebagai Dato'Kaya Setia atau Orang Kaya Setia selepas pembukaan kawasan itu

Pada masa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura, dua orang ketua dari orang2 melayu iaitu Pulau dari Simpang Kanan berketurunan melayu daik dan Rapang keturunan orang besar Pahang dari Simpang Kiri telah menghadap baginda dan diberi gelaran 'Penghulu' untuk mentadbir kawasan masing2  pada tahun1834.

Selain Simpang Kanan dan Simpang Kiri serta Minyak Beku,satu lagi kawasan penempatan yang awal di Batu Pahat ialah Tanjumg Labuh,penempatan itu dibuka pada tahun 1858 oleh seorang melayu benama Bagus yang berasal dari Simpang Kanan lalu dilantik menjadi penghulu di situ.

Seorang lagi pemimpin yang mengasaskan penempatan awal di Batu Pahat ialah Dato'Yahya Awaluddin atau dikenali juga sebagai Dato' Yahya Tinggi dengan dibantu oleh Penghulu Rahmat dan Penghulu Kitam.Kawasan yang dibukanya dinamakan Bukit Senangin.Sejak dari itu Batu Pahat berkembang pesat dengan kedatangan orang2 jawa dan cina serta arab,Pada November1893,Dato' Bentara Luar telah menghadap Sultan Abu Bakar dan diperintahkan untuk membuka Bandar Batu Pahat,pada 2 Disember 1893 Batu Pahat diistiharkan sebagai bandar dan kerja2 mengukur pun dimulakan dari tepi Sungai Batu Pahat melalui Jalan Kebun Kopi ke Bukit Penggaram.

Pada 1 Disember 1894 Dato'Bentara Luar serta Orang2 Kaya,Penghulu2.pegawai2 dan rakyat jelata telah berhimpun  di bandar ini untuk mengistiharkan pembukaan rasmi bandar Batu Pahat yang diberi nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama tempat beliau menaikan bendera Johor iaitu Bukit Penggaram atau dikenali pada masa ini sebagai Bukit Bendera yang terletak di belakang Pejabat Majlis Daerah sekarang.Dikatakan asal nama Penggaram ini adalah singkatan nama 'Pengkal Jeram" nama asal Bukit Penggaram.Selepas pengistiharan ini pejabat2 kerajaan yang penting,rumah pasong(balai polis),penjara,mahkamah,hospital telah didirikan di sekitar kawasan itu.

Sekian.

Tahukah anda di mana terletaknya Tasik Qadri di Batu Pahat?Tahukah anda asal nama Bukit Cermai dan Bukit Soga?Tahukah anda asal usul nama Jalan Rahmat?...dalam post akan datang saya akan ceritakan asal nama beberapa tempat di Batu Pahat.

No comments:

Post a Comment