FeysalKathiri

FeysalKathiri

Tuesday, December 3, 2013

In Frame-Kerana Mulut Badan Binasa

Kedai Bingkai Frame Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mendoakan mereka -mereka yang terbabit dalam kejadian banjir di beberapa buah negeri bersabar dengan dugaan dan ujian yang datang,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,semoga Allah mengantikan dengan yang lebih baik.

Hari ini In Frame ingin membicarakan tentang tajuk di atas Kerana Mulut Badan Binasa,kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali bercakap besar atau takabur apabila berbicara,kita dituntut mengucapkan Insha Allah apabila berjanji, berbicara atau berazam hendak melakukan sesuatu perkara yang akan kita lakukan pada masa hadapan kerana kita tidak tahu samada kita masih hidup atau adakah kita mampu melakukannya apabila sampai masanya nanti,hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang perkara-perkara yang akan datang.Bercakap besar,angkuh atau takabur amat dilarang kerana hanya Allah sahaja yang layak untuk berbuat demikian kerana Dia Maha Pencipta dan Maha Agung.Di bawah adalah sebahagian kisah untuk pedoman dan teladan buat kita bersama.

Kita pasti tahu atau pernah mendengar tentang kapal Titanic,apabila kapal yang terbesar pada waktu itu dibina dan pembuat kapal itu telah ditanya tentang sejauh mana selamatnya kapal itu dengan nada angkuh dia menjawab"TUHAN PUN TIDAK AKAN DAPAT MENENGGELAMKANYA",sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takkabur,Titanic tenggelam dalam pelayaran sulungnya ke New York setelah terlanggar bongkah ais yang besar.Beribu orang hilang nyawa dalam kejadian itu.

Seorang calon untuk jawatan presiden Brazil Tancredo Neves berkata dalam satu kempen pilihanraya bahwa dia mempunyai 500,000 undi dan pasti dirinya akan menang jawatan presiden,tiada sesiapa yang akan dapat menghalangnya dari menjawat jawatan itu walau TUHAN SEKALIPUN TIDAK AKAN MAMPU untuk menghalangnya,dia berjaya mendapat undi yang dimaksudkan tetapi sehari sebelum ditabalkan menjadi presiden dia telah jatuh sakit dan meninggal dunia.

Seorang penyanyi dan penyair terkenal Brazil bernama Cazuza pada satu persembahan telah menyalakan sebatang rokok dan menghembuskan kepulan asap rokok tersebut keatas sambil berkata TUHAN, INI UNTUK ENGKAU,pada usia 32 tahun dia menderita kanser paru-paru dan meninggal dalam keadaan yang amat menakutkan.

Tidak kira betapa handal atau kayanya kita,bersikap takabur dan angkuh akan membinasakan diri,banyak amaran di dalam Al quran dan hadith Rasullullah S.A.W yang melarang sikap sedemikian,banyak kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan seperti kisah Firaun,Qarun dan ramai lagi.

Muhammad Ali peninju terkenal dunia semasa zaman kegemilangannya sering mendabik dada dengan mengatakan dia yang terbaik di dunia tetapi di penghujung usianya di serang penyakit Parkinson menyebabkan pergerakannya perlahan dan tidak dapat bertutur dengan jelas.syukur Ali ialah seorang muslim,mungkin Allah memberi kafarah dengan penyakit tersebut.

Akhir sekali saya berdoa semoga saya dan saudara  dijauhkan dari kemurkaan Allah dan dipelihara dari sikap buruk ini di dunia serta diampunkan jika terlanjur dalam berbicara Ameen

No comments:

Post a Comment