FeysalKathiri

FeysalKathiri

Saturday, November 23, 2013

Allahu Akbar!Cuti Mingguan Pada Jumaat dan Sabtu


Sah!Spekulasi yang bertiup kencang di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini terbukti sahih apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan cuti mingguan di negeri Johor akan dikembalikan pada Jumaat dan Sabtu.Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi negeri Johor kerana sebelum tahun1994 negeri Johor sememangnya bercuti  pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad oleh Menteri Besar ketika itu.
Ianya memang dinantikan oleh majoriti rakyat Johor dan merupakan satu kemenangan kerana Jumaat merupakan penghulu segala hari dan memudahkan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat dengan tenang tanpa tergesa-gesa.Tahniah kepada Sultan dan rakyat Johor.
Teringat saya pada zaman persekolahan dahulu,Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana hari itu merupakan hari cuti dan kebanyakan majlis kenduri kahwin diadakan pada hari tersebut.Apabila tiba hari Jumaat maka keadaan di Jalan Ibrahim menghala ke Pasar Batu Pahat akan menjadi sibuk kerana orang akan berpusu-pusu membeli belah pada hari tersebut.Selepas sedekad mungkin agak kekok untuk memulakan minggu yang baru pada hari Ahad tapi lama kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.Sekali lagi tahniah rakyat Johor!Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment